Thursday 15 November 2012

ASSALAMUALAIKUM..

Syukur Alhamdulillah kerana hari ini kita masih lagi diberi peluang menghirup udara yang segar di bumi Allah ini, ALHAMDULILLAH. kali ini,entry yg bakal sya post ini adalah berkaitan dgn perkara asas yang wajib kita ketahui dan laksanakan sebagai umat Islam,iaitu RUKUN ISLAM.

rukun Islam ada LIMA perkara, iaitu ;

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.

2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.

3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.

4. Mengeluarkan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.

5. Menunaikan haji di Mekah.
Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.




saya sertakan video ini bagi memudahkan anak2 ..(anda boleh klik pause pda sound effect blog ne) SELAMAT MENONTON! :)


harapan sya,agar entry sya kali ini dapt memberi manafaat kepada anda semua terutamnya anak2 didik..Moga ini dapat menarik lagi minat anda untuk terus melawat blog saya ini..sekian sampai sini sahaja entry kali ini..WASSALAM.. =)



:: untuk keterangan yang lebih lanjut tentang rukun2 dalam islam sila KLIK SINI

No comments:

Post a Comment